Tiada penyakit yang tidak dapat diubati. Memang betul, saya adalah pengidap kencing manis sejak tahun 2006. Saya telah mendapat rawatan di hospital, ubat-ubat yang disyorkan oleh kawan-kawan dan sebagainya saya telah cuba. Disamping itu juga saya mengawal cara pemakanan saya. Hasilnya seperti biasa sahaja. Jika kita tidak mengambil ubat tersebut kandungan gula dalam darah akan bertambah.
Pada suatu hari saya telah diberi tahu oleh seseorang yang dia pernah mengidap penyakit kencing manis. Beliau memberi tahu kepada saya bahawa beliau telah sembuh dari penyakit tersebut. Saya sangat tertarik dengan ceritanya itu.
Saya menanyakannya apakah ubat yang sangat mujarab itu. Beliau menerangkan bahawa ubi kacang botol adalah penawar untuk penyakit kencing manis. Caranya mudah sahaja. Ambil seketul ubi kacang botol dan potong halus. Rebus ubi kacang botol itu sehingga airnya hanya tinggal 1/4 sahaja. Jika direbus dengan 4 gelas air, tunggu sehingga air rebusan itu tinggal segalas sahaja. Air rebusan ubi kacang botol itulah yang menjadi penawar kepada pesakit kencing manis. Saya telah cuba selama 3 hari dan saya cuba buat ujian darah. Sebelum minum air tersebut sukatan gula dalam darah saya 17. Selepas 3 hari ia turun kepada 13 tanpa makan ubat hospital. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja bagi merawat penyakit tersebut tanpa mengeluarkan modal yang besar. Mudah-mudahan kepada sesiapa sahaja membaca berita ini mencubanya. InisyaAllah dengan izin Nya penyakit kencing manis boleh sembuh dengan beransur-ansur. Memang betul kata orang tua-tua dahulu tidak ada penyakit yang tidak dapat diubati. Tapi kita hendaklah menyerahkan urusan menyembuhkan penyakit kepada Allah, kerana Dia sahajalah yang dapat menyembuhkan penyakit. Berserah diri kepada Allah setelah kita berusaha. Tanpa usaha kita tidak dapat hasilnya.