Saturday, November 17, 2012

PENYAKIT KENCING MANIS (DIABETES)

Saya merupakan seorang pesakit kencing manis. Saya cuba mendapatkan sumber-sumber yang boleh membantu pesakit kencing manis seperti saya mengawal paras glukosa dalam darah setiap pesakit. Penyakit kencing manis ini merupakan penyakit yang paling bahaya kerana implikasinya boleh menyebabkan berbagai-bagai penyakit kronek menyerang pesakit kencing manis. Dengan adanya panduan ini saya ingin kongsikan panduan ini kepada sesiapa saja khususnya pesakit kencing manis.
     Terima Kasih

APA ITU PENYKIT KENCING MANIS

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes melitus.
Dikalangn pesakit diabetes, organ pancreas tidak apat mengeluarkan insulin secukupnya atau insulinyang dihasilkan tidak berkesan. Ini yang telah menyebabkan gula dalam salur darah meningkat

Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada:

Diabetes Jenis 1 (Diabetes bergantung kepada insulin)

Dimana badan hanya menghasilkan insulin sedikit sahaja atau tidak ada langsung insulin terhasil. Biasa terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja sejak lahir.

Diabetes Jenis 2 (Diabetes yang tidak bergantung pada insulin)

Dimana badan tidak boleh menghasilkan insulin yang mengcukupi untuk memenuhi keperluan badan atau badan mereka tidak dapat bertindak balas secara normal terhadap jnsulin yang dikeluarkan. Apabila ini berlaku, gula akan berkumpul dalam badan. Lama-kelamaan komplikasi kandungan gula yang tinggi dalam salur darah akan merosakkan mata, buah pinggang, saraf, jantung dan organ tubuh yang lain.

Diabetes semasa mengandung

Keadaan ini bersifat sementara disebabkan oleh perubahan hormon semasa mengandung.

Faktor risiko kencing manis

1. Sejarah keluarga
2. Berat badan berlebihan
3. Kurang bersenam
4. Tekanan darah dan kolesterol tinggi
5. Sejarah mengalami diabetes semasa mengandung

Faktor lain - Umur dan kumpulan etnik selalunya dikaitkan dengan risiko penyakit kencing manis.

Simptom/Gejala

  • Kerap membuang air kencing.
  • Sentiasa berasa dahaga
  • Selera makan meningkat
  • Susut berat badan walaupun beselera makan
  • Letih
  • Jangkitan kulat yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kemaluan
  • Luka lambat sembuh
  • Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
Kebanyakan pesakit mempunyai satu atau lebih simpton tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simpton.

Tahap ideal glukosa dalam darah pesakit kencing manis.

Waktu puasa  -  4-6 mmol/L
2 jam selepas makan  -  4-8 mmol/L

Pemakanan

Amalam pemakanan yang baik amat perlu untuk:
  • memperolehi zat- makanan yang mencukupi.
  • mengawal paras gula dalam darah.
  • mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
  • mengelak atau melambatkan pengidapan kesan komplakasi.
Tips untuk pesakit kencing manis


  • Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan. (sarapan pagi, makan tengahari, dan makan petang)
  • Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti gagung, mi, oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus diambil.
  • Makanan yang mengandungi gula yang tinggi, misalnya gula yang telah diproses, coklat dan madu harus dielakkan.
  • Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimun kerana peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung. Elakkan daripada menggoreng makanan. Sebaiknya panggang, kukus atau masak sup.
  • Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan makanan seperti kerepek dan kacang tanah.Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.
  • Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang normal.
Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh makan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang yang serdehana dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain.
       Selain itu terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan oleh pakar pemakanan. Walau bagaimanapun pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.

APA ITU HIPOGLISEMIA

Hipoglisemia atau serangan akibat paras glikosa dalam darah yang rendah. (kurang daripada 4.0 mmol/L) boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana:
  • Makan terlalu sedikit
  • Masa makan yang tidak tetap
  • Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes
  • Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu berat.
  • Penyakit misalnya cirit birit. Penyesuaian pada rawatan dibuat adalam amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini Adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.
SIMPTON HIPOGLISEMIA
  • Kurang tumouan atau pemilkiran yang keliru
  • Mudah marah
  • Pening
  • Loya dan lemah
  • Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk
  • Penglihatan yang kabur
Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet, glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun sekiranya simpton itu masih ada pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat munkin

Komplakasi.
       Semua bentuk diabetes, jika tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ dan bahagian tubuh. Antara komplikasi yang paling teruk adalah komplikasi yang melibatkan buah pinggang, mata dan salur darah.

Komplikasi Kesan Akhir

  • Ritinopati Penglihatan yang terjejas dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta.
  • Neuropati Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan rasa sakit atau kehilangan deria pada tangan dan kaki.
  • Komplikasi mungkin memerlukan emputasi (pemotongan) kaki.
  • Pergerakan  salur pencernaan terganggu dan boleh menyebabkan cirit-birit dan atau sembelit.
  • Nefropati Penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian awal.
  • Kecederaan salur darah besar boleh mengakibatkan serangan jantung, strok atau kekurangan bekalan darah ke anggota bawah.
Adalah sangat penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Seseorang pesakit kencing manis boleh mengalami lebih daripada satu komplikasi sekiranya penyakitnya tidak dikawal untuk jangka masa lama.

Apa yang perlu dilakukan oleh pesakit kencing manis?
  • Seneman dan pengambilan ubat anti diabetis.
  • Pengawalan paras glukosa darah.
  • Pemantauan glukosa darah.
  • Penjagaan berat badan.
Penjagaan Kaki
Pesakit kencing manis harus menjaga kaki mereka dengan baik kerana mereka munkin tidak merasai sebarang luka atau ulser disebabkan oleh kekurangan deria rasa di kawasan itu.
  • Pesakit kencing manis harus membersihkan kaki mereka setiap hari dan mengeringkan kaki dengan sempurna, khususnya kawasan diantara jari kaki.
  • Bagi kekeringan kulit, pesakit kencing manis haruslah membubuhkan sedikit krim pelembap.
  • Kuku jari kaki harus dipotong lurus untuk mengelakkan kecederaan kepada kulit.
  • Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat. Pesakit kencing manis haruslah memastikan bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum memakai kasut.
  • Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser.
  • Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki seperti plester ketuat atau pembuang kalus (kulit tebal) kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh menyebabkan intasi kulit yang seterusnya boleh memyebabkan ulser.