Kuala Gandah merupakan satu kawasan yang dijadikan tempat pemuliharaan gajah. Jaraknya lebih kurang 20 minit menaiki kereta dari pekan lancang. Pelawat di benarkan untuk mendekati gajah yang telah dijinakkan. Pelawat dibenarkan untuk memberi makan kepada gajah-gajah yang telah dijinakkan.
Pelawat juga diberi kesempatan menaiki gajah dan mandi bersama gajah di kawasan yang telah di sediakan. Bagi kanak-kanak lawatan ke Kuala Gandah amat mengujakan kerana kita dapat mendekati dan bersama gajah yang amat sukar kita dekati.
Disamping itu juga kita dapat menonton filem-filem yang berkaitan kehidupan gajah liar di hutan di Malaysia. Kita juga dipertontonkan bagaimana pegawai perhilitan menangkap gajah liar di hutan dengan menggunakan gajah denak.
Di Kuala gandah juga terdapat satu kawasan yang dinamakan DEERLAN. Kawasan ini disediakan untuk pemuliharan haiwan seperti rusa, spesis burung,
dan sebagainya. Terdapat juga ular sawa di sini.
Pelawat di benarkan bergambar bersama ular
tersebut.
Pengalaman di sini dapat mendekatkan kita kepada berjenis-jenis haiwan. Di sini juga juga amat sesuai untuk menenangkan fikiran kerana jauh dari kesibukan kota. Udaranya sungguh nyaman dan suhu nya sejuk
Pintu Masuk Ke Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah Lancang |