Sunday, April 8, 2012

AURAT

Tutup Aurat Supaya Selamat

Tutup Aurat

+ niat ikhlas kerana Allah
+ pelaksanaan  betul
+ natijah yang baik
+ tidak meninggalkan ibadah asas

= sedang beribadah

Petikan daripada Solusi

Thursday, April 5, 2012

BELAJAR ILMU GAGAH

Saya ingin berkongsi cerita ini dengan semua pembaca. Saya mendengar cerita ini semasa saya masih kecil lagi
Ceritanya begini. Pada suatu ketika dahulu ada sepasang suami isteri telah berkahwin. Kehidupanya amatlah susah. Si suami bercadang hendak pergi menuntut ilmu gagah, kerana pada zaman itu sesiapa yang mempunya ilmu gagah dia mudah untuk mendapat pekerjaan.
     Setelah perbincangan bersama isteri maka si suami memulakan pengembaraannya untuk menuntut ilmu gagah. Setelah sebulan si suami meninggalkan isterinya lembu peliharaan mereka telah melahirkan anak. Isterinyalah yang menjaga lembu tersebut. Malangnya anak lembu yang baru lahir itu tidak mahu mengikut ibunya untuk ke padang ragut. Terpaksalah si isteri mendokongnya  untuk di hantar bersama ibunya ke padang ragut. Begitulah kerja si isteri setiap hari mendokong anak lembu itu.
       Setelah setahun barulah si suami kembali ke rumahnya setelah ilmu gagah telah dipelajari. Pada awal pagi lagi si suami telah bangun. Setelah siap sarapan isterinya menyuruh suaminya mengheret lembu peliharannya ke padang ragut. Suaminya menarik ibu lembu tersebut tetapi anak lembu yang berumur setahun itu tidak mahu mengikut. Suaminya mengadu kepada isterinya yang anak lembu itu tidak mahu mengikut ibunya. Isterinya memberi tahu bahawa anak lembu itu terpaksa di angkat (didokong). Suaminya cuba mendokong anak lembu itu tapi tidak berdaya walaupun baru habis belajar ilmu gagah. Isterinya terus turun dan mendokong anak lembu itu untuk di bawa ke padang ragut. Suaminya sungguh hairan mengapa isterinya begitu kuat walaupun tidak belajar ilmu gagah sepertinya.
         Cerita ini telah dapat memberikan pengajaran kepada saya. Sesuatu ilmu itu tidak berguna jika kita tidak mengamalkannya setiap hari.