Pemandangan di Ho Chi Minh City. Jalan raya di penuhi oleh motosikal bermula dari awal pagi hingga ke larut malam. Walaupun jalan raya sibuk dengan ribuan motosikal tapi tidak terdapat kemalangan. Saya berada di bandaraya ini selama 3 hari sahaja. Saya sempat melawat beberapa tempat yang menarika di sini. Semasa keluar dari hotel tempat penginapan kami ia itu di Duna Hotel, kami di serbu oleh penjual-penjual jalanan yang membawa pelbagai barangan untuk di jual kepada pelancung. Tidak ketinggalan pencuci kasut yang menyerebu kasut untuk dicuci. Sekali cuci kasut kita di minta sebanyak 1USD.
Malang bagi kawan saya, kerana dia tiada duit kecil wang 50 USD telah dilarikan oleh pencuci kasut. Begitulah bahayanya berada di negara orang yang keselamatan tidak terjamin seratus peratus. Walaubagaimanapun pihak berkuasa keselamatan sering membantu kami. Keselamatan pelancong sentiasa dijaga.
Makanan merupakan satu masalah kepada pelawat yang beragama Islam. Tidak banyak restoran yang menyediakan makanan halal di sini. Kami terpaksa mencari tempat-tempat makanan halal di sini. Selama tiga hari saya hanya terjumpa sebuah restoren sahaja yang makanannya halal dan memenuhi selera orang Melayu. Rupa nya gambar Pn. Maria Tengku Sabri (Jalan-Jalan Cari Makan) terpangpang besar menjadi hiasan di dalam restoren tersebut. Saya tidak was-was lagi menjamu selera di restoran tersebut. Masakan kari ikan tenggiri sungguh lazat sekali.
Semasa saya di Vietnam terdapat ramai pelancong dari malaysia membeli belah di sana. Tempat yang paling popular sekali ialah di Ben Thanh Market. Harga barangannya agak murah. Kebanyakan peniaga kain boleh bertutur sepatah dua Bahasa Melayu.
Kami juga berpeluang melawat Ke CUCHI, ia itu terowong bawah tanah yang di bina semasa perang Vitnam dengan Amerika suatu ketika dahulu. Trowong tersebut di bina sepanjang 250 KM dengan hanya menggunakan tenaga manusia sahaja.
|
Lorong ke CUCHI
Saya sempat melaluinya sejauh 20 meter sahaja kerana tidak tahan dengan haba dan kekurangan udara dan tanpa cahaya yang cukup. Laluan masuk ke lubang tersebut cuma telus badan manusia bersais kecil sahaja. Tetapi di dalamnya dibina bertingkat-tingkat. Terdapat pusat rawatan, dapur memasak dan telaga di dalam trowong tersebut. Begitulah gigihnya orang Vitnam membuat kerja demi mempertahankan negara mereka.
|
|
LUBANG RASIA KE DALAM TROWONG |
Kalau kita lalu di atas lubang rasia ini kita tidak sangka ada jalan ke dalam nya kerana ditutupi oleh daun-daun kering
Saya sempat juga mengambil peluang menggunakan senjata semasa perang dahulu. Saya cuba menembak dengan menggunakan peluru hidup. Saya dikenakan bayaran sebanyak 4 USD. Satu pengalaman yang saya tidak dapat lupakan.