Saturday, November 17, 2012

PENYAKIT KENCING MANIS (DIABETES)

Saya merupakan seorang pesakit kencing manis. Saya cuba mendapatkan sumber-sumber yang boleh membantu pesakit kencing manis seperti saya mengawal paras glukosa dalam darah setiap pesakit. Penyakit kencing manis ini merupakan penyakit yang paling bahaya kerana implikasinya boleh menyebabkan berbagai-bagai penyakit kronek menyerang pesakit kencing manis. Dengan adanya panduan ini saya ingin kongsikan panduan ini kepada sesiapa saja khususnya pesakit kencing manis.
     Terima Kasih

APA ITU PENYKIT KENCING MANIS

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes melitus.
Dikalangn pesakit diabetes, organ pancreas tidak apat mengeluarkan insulin secukupnya atau insulinyang dihasilkan tidak berkesan. Ini yang telah menyebabkan gula dalam salur darah meningkat

Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada:

Diabetes Jenis 1 (Diabetes bergantung kepada insulin)

Dimana badan hanya menghasilkan insulin sedikit sahaja atau tidak ada langsung insulin terhasil. Biasa terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja sejak lahir.

Diabetes Jenis 2 (Diabetes yang tidak bergantung pada insulin)

Dimana badan tidak boleh menghasilkan insulin yang mengcukupi untuk memenuhi keperluan badan atau badan mereka tidak dapat bertindak balas secara normal terhadap jnsulin yang dikeluarkan. Apabila ini berlaku, gula akan berkumpul dalam badan. Lama-kelamaan komplikasi kandungan gula yang tinggi dalam salur darah akan merosakkan mata, buah pinggang, saraf, jantung dan organ tubuh yang lain.

Diabetes semasa mengandung

Keadaan ini bersifat sementara disebabkan oleh perubahan hormon semasa mengandung.

Faktor risiko kencing manis

1. Sejarah keluarga
2. Berat badan berlebihan
3. Kurang bersenam
4. Tekanan darah dan kolesterol tinggi
5. Sejarah mengalami diabetes semasa mengandung

Faktor lain - Umur dan kumpulan etnik selalunya dikaitkan dengan risiko penyakit kencing manis.

Simptom/Gejala

  • Kerap membuang air kencing.
  • Sentiasa berasa dahaga
  • Selera makan meningkat
  • Susut berat badan walaupun beselera makan
  • Letih
  • Jangkitan kulat yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kemaluan
  • Luka lambat sembuh
  • Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
Kebanyakan pesakit mempunyai satu atau lebih simpton tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simpton.

Tahap ideal glukosa dalam darah pesakit kencing manis.

Waktu puasa  -  4-6 mmol/L
2 jam selepas makan  -  4-8 mmol/L

Pemakanan

Amalam pemakanan yang baik amat perlu untuk:
  • memperolehi zat- makanan yang mencukupi.
  • mengawal paras gula dalam darah.
  • mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
  • mengelak atau melambatkan pengidapan kesan komplakasi.
Tips untuk pesakit kencing manis


  • Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan. (sarapan pagi, makan tengahari, dan makan petang)
  • Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti gagung, mi, oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus diambil.
  • Makanan yang mengandungi gula yang tinggi, misalnya gula yang telah diproses, coklat dan madu harus dielakkan.
  • Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimun kerana peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung. Elakkan daripada menggoreng makanan. Sebaiknya panggang, kukus atau masak sup.
  • Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan makanan seperti kerepek dan kacang tanah.Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.
  • Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang normal.
Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh makan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang yang serdehana dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain.
       Selain itu terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan oleh pakar pemakanan. Walau bagaimanapun pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.

APA ITU HIPOGLISEMIA

Hipoglisemia atau serangan akibat paras glikosa dalam darah yang rendah. (kurang daripada 4.0 mmol/L) boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana:
  • Makan terlalu sedikit
  • Masa makan yang tidak tetap
  • Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes
  • Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu berat.
  • Penyakit misalnya cirit birit. Penyesuaian pada rawatan dibuat adalam amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini Adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.
SIMPTON HIPOGLISEMIA
  • Kurang tumouan atau pemilkiran yang keliru
  • Mudah marah
  • Pening
  • Loya dan lemah
  • Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk
  • Penglihatan yang kabur
Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet, glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun sekiranya simpton itu masih ada pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat munkin

Komplakasi.
       Semua bentuk diabetes, jika tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ dan bahagian tubuh. Antara komplikasi yang paling teruk adalah komplikasi yang melibatkan buah pinggang, mata dan salur darah.

Komplikasi Kesan Akhir

  • Ritinopati Penglihatan yang terjejas dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta.
  • Neuropati Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan rasa sakit atau kehilangan deria pada tangan dan kaki.
  • Komplikasi mungkin memerlukan emputasi (pemotongan) kaki.
  • Pergerakan  salur pencernaan terganggu dan boleh menyebabkan cirit-birit dan atau sembelit.
  • Nefropati Penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian awal.
  • Kecederaan salur darah besar boleh mengakibatkan serangan jantung, strok atau kekurangan bekalan darah ke anggota bawah.
Adalah sangat penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Seseorang pesakit kencing manis boleh mengalami lebih daripada satu komplikasi sekiranya penyakitnya tidak dikawal untuk jangka masa lama.

Apa yang perlu dilakukan oleh pesakit kencing manis?
  • Seneman dan pengambilan ubat anti diabetis.
  • Pengawalan paras glukosa darah.
  • Pemantauan glukosa darah.
  • Penjagaan berat badan.
Penjagaan Kaki
Pesakit kencing manis harus menjaga kaki mereka dengan baik kerana mereka munkin tidak merasai sebarang luka atau ulser disebabkan oleh kekurangan deria rasa di kawasan itu.
  • Pesakit kencing manis harus membersihkan kaki mereka setiap hari dan mengeringkan kaki dengan sempurna, khususnya kawasan diantara jari kaki.
  • Bagi kekeringan kulit, pesakit kencing manis haruslah membubuhkan sedikit krim pelembap.
  • Kuku jari kaki harus dipotong lurus untuk mengelakkan kecederaan kepada kulit.
  • Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat. Pesakit kencing manis haruslah memastikan bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum memakai kasut.
  • Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser.
  • Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki seperti plester ketuat atau pembuang kalus (kulit tebal) kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh menyebabkan intasi kulit yang seterusnya boleh memyebabkan ulser.

Friday, June 15, 2012

KUALA GANDAH LANCANG














Kuala Gandah merupakan satu kawasan yang dijadikan tempat pemuliharaan gajah. Jaraknya lebih kurang 20 minit menaiki kereta dari pekan lancang. Pelawat di benarkan untuk mendekati gajah yang telah dijinakkan. Pelawat dibenarkan untuk memberi makan kepada gajah-gajah yang telah dijinakkan.
      Pelawat juga diberi kesempatan menaiki gajah dan mandi bersama gajah di kawasan yang telah di sediakan. Bagi kanak-kanak lawatan ke Kuala Gandah amat mengujakan kerana kita dapat mendekati dan bersama gajah yang amat sukar kita dekati.
       Disamping itu juga kita dapat menonton filem-filem yang berkaitan kehidupan gajah liar di hutan di Malaysia. Kita juga dipertontonkan bagaimana pegawai perhilitan menangkap gajah liar di hutan dengan menggunakan gajah denak.

       Di Kuala gandah juga terdapat satu kawasan yang dinamakan DEERLAN. Kawasan ini disediakan untuk pemuliharan haiwan seperti rusa, spesis burung,

dan sebagainya. Terdapat juga ular sawa di sini.
Pelawat di benarkan bergambar bersama ular
tersebut.
      Pengalaman di sini dapat mendekatkan kita kepada berjenis-jenis haiwan. Di sini juga juga amat sesuai untuk menenangkan fikiran kerana jauh dari kesibukan kota. Udaranya sungguh nyaman dan suhu nya sejuk

Pintu Masuk Ke Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah Lancang




Wednesday, June 13, 2012

HATI YANG SAKIT

Kratiria Hati Yang Sakit Dalam Kontek Hubungan Dengan Manusia:

  • Benci membenci dan memandang hina kepada orang lain.
  • Rasa gembira kalau orang lain mendapat celaka dan rasa derita kalau mereka berjaya.
  • Enggan memohon maaf dan tidak memaafkan orang lain.
  • Hasad dengki.
  • Dendam kesumat yang bersarang di dalam jiwa.
  • Bakhil.
  • Buruk sangka.
  • Tidak bertolak ansur dan tidak ada sifat bertimbangrasa.
  • Tidak ada sifat tolong menolong.
  • Tamak.
  • Degil, keras hati dan menolak nasihat.
  • Mementingkan diri sendiri.
  • Sombong dan takabur.
  • Tidak sabar dengan ragam manusia.
  • Rasa diri lebih bersih, lebih hebat dan lebih pandai.

Sunday, April 8, 2012

AURAT

Tutup Aurat Supaya Selamat

Tutup Aurat

+ niat ikhlas kerana Allah
+ pelaksanaan  betul
+ natijah yang baik
+ tidak meninggalkan ibadah asas

= sedang beribadah

Petikan daripada Solusi

Thursday, April 5, 2012

BELAJAR ILMU GAGAH

Saya ingin berkongsi cerita ini dengan semua pembaca. Saya mendengar cerita ini semasa saya masih kecil lagi
Ceritanya begini. Pada suatu ketika dahulu ada sepasang suami isteri telah berkahwin. Kehidupanya amatlah susah. Si suami bercadang hendak pergi menuntut ilmu gagah, kerana pada zaman itu sesiapa yang mempunya ilmu gagah dia mudah untuk mendapat pekerjaan.
     Setelah perbincangan bersama isteri maka si suami memulakan pengembaraannya untuk menuntut ilmu gagah. Setelah sebulan si suami meninggalkan isterinya lembu peliharaan mereka telah melahirkan anak. Isterinyalah yang menjaga lembu tersebut. Malangnya anak lembu yang baru lahir itu tidak mahu mengikut ibunya untuk ke padang ragut. Terpaksalah si isteri mendokongnya  untuk di hantar bersama ibunya ke padang ragut. Begitulah kerja si isteri setiap hari mendokong anak lembu itu.
       Setelah setahun barulah si suami kembali ke rumahnya setelah ilmu gagah telah dipelajari. Pada awal pagi lagi si suami telah bangun. Setelah siap sarapan isterinya menyuruh suaminya mengheret lembu peliharannya ke padang ragut. Suaminya menarik ibu lembu tersebut tetapi anak lembu yang berumur setahun itu tidak mahu mengikut. Suaminya mengadu kepada isterinya yang anak lembu itu tidak mahu mengikut ibunya. Isterinya memberi tahu bahawa anak lembu itu terpaksa di angkat (didokong). Suaminya cuba mendokong anak lembu itu tapi tidak berdaya walaupun baru habis belajar ilmu gagah. Isterinya terus turun dan mendokong anak lembu itu untuk di bawa ke padang ragut. Suaminya sungguh hairan mengapa isterinya begitu kuat walaupun tidak belajar ilmu gagah sepertinya.
         Cerita ini telah dapat memberikan pengajaran kepada saya. Sesuatu ilmu itu tidak berguna jika kita tidak mengamalkannya setiap hari.

Wednesday, March 28, 2012

TAWARAN BARU KEPADA GURU BESAR

Saya Abdul Halim bin Ismail Guru Besar SK Tanah Rom Jerantut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga sekolah kerana SK Tanah Rom telah dianugerahkan Tawaran Baru Guru Besar Bidang Keberhasilan Utama Negara pendidikan pada 15 Mac 2012 di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan Pesiaran Bukit Kiara Kuala Lumpur.
      SK Tanah Rom dulunya tidak dikenali ramai, tapi kini telah menunjukkan sinarnya sekarang. Ini adalah hasil kerja keras guru-guru dan kakitangan sekolah untuk menaikkan imej sekolah. SK Tanah Rom bermula dengan 7.3% pencapaian UPSR pada tahun 2006, meningkat sedikit demi sedikit sehinggalah keputusan cemerlang pada tahun 2011. SK Tanah Rom menghasilkan 6 orang 5A drp. 14 orang calon UPSR. Peratus menguasi semua mata pelajaran ialah 93%. Manakala GPS ialah meningkat kepada 1.39.

SIJIL ANUGERAH TAWARAN BARU GURU BESAR 2011

Tuesday, March 27, 2012

HO CHI MINH CITY

Pemandangan di Ho Chi Minh City.  Jalan raya di penuhi oleh motosikal bermula dari awal pagi hingga ke larut malam. Walaupun jalan raya sibuk dengan ribuan motosikal tapi tidak terdapat kemalangan. Saya berada di bandaraya ini selama 3 hari sahaja. Saya sempat melawat beberapa tempat yang menarika di sini. Semasa keluar dari hotel tempat penginapan kami ia itu di Duna Hotel, kami di serbu oleh penjual-penjual jalanan yang  membawa pelbagai barangan untuk di jual kepada pelancung. Tidak ketinggalan pencuci kasut yang menyerebu kasut untuk dicuci. Sekali cuci kasut kita di minta sebanyak 1USD. 
Malang bagi kawan saya, kerana dia tiada duit kecil wang 50 USD telah dilarikan oleh pencuci kasut. Begitulah bahayanya berada di negara orang yang keselamatan tidak terjamin seratus peratus. Walaubagaimanapun pihak berkuasa keselamatan sering membantu kami. Keselamatan pelancong sentiasa dijaga.
         Makanan merupakan satu masalah kepada pelawat yang beragama Islam. Tidak banyak restoran yang menyediakan makanan halal di sini. Kami terpaksa mencari tempat-tempat makanan halal di sini. Selama tiga hari saya hanya terjumpa sebuah restoren sahaja yang makanannya halal dan memenuhi selera orang Melayu. Rupa nya gambar Pn. Maria Tengku Sabri (Jalan-Jalan Cari Makan) terpangpang besar menjadi hiasan di dalam restoren tersebut. Saya tidak was-was lagi menjamu selera di restoran tersebut. Masakan kari ikan tenggiri sungguh lazat sekali.
          Semasa saya di Vietnam terdapat ramai pelancong dari malaysia membeli belah di sana. Tempat yang paling popular sekali ialah di Ben Thanh Market. Harga barangannya agak murah. Kebanyakan peniaga kain boleh bertutur sepatah dua Bahasa Melayu.
          Kami juga berpeluang melawat Ke CUCHI, ia itu terowong bawah tanah yang di bina semasa perang Vitnam dengan Amerika suatu ketika dahulu. Trowong tersebut di bina sepanjang 250 KM dengan hanya menggunakan tenaga manusia sahaja.
          
Lorong ke CUCHI

        Saya sempat melaluinya sejauh 20 meter sahaja kerana tidak tahan dengan haba dan kekurangan udara dan tanpa cahaya yang cukup. Laluan masuk ke lubang tersebut cuma telus badan manusia bersais kecil sahaja. Tetapi di dalamnya dibina bertingkat-tingkat. Terdapat pusat rawatan, dapur memasak dan telaga di dalam trowong tersebut. Begitulah gigihnya orang Vitnam membuat kerja demi mempertahankan negara mereka.
                 

LUBANG RASIA KE DALAM TROWONG



Kalau kita lalu di atas lubang rasia ini kita tidak sangka ada jalan ke dalam nya kerana ditutupi oleh daun-daun kering


Saya sempat juga mengambil peluang menggunakan senjata semasa perang dahulu. Saya cuba menembak dengan menggunakan peluru hidup. Saya dikenakan bayaran sebanyak 4 USD. Satu pengalaman yang saya tidak dapat lupakan.