Saturday, June 4, 2016

DUA TAHUN DI SK (F) PADANG PIOL

Aku ditugaskan di SK (F) Padang Piol pada Ogos 2014. Sudah hampir dua tahun aku di situ. Kini saat persaraan sudah hampir tiba. Aku akan bersara pada 6/8/2016. Terasa pilu juga untuk meninggal anak-anak muridku yang baik hati. Begitu juga dengan guru-guru yang ku anggap sebagai kawan.














Banyak kejayaan yang telah dicapai semasa aku berada di sini. Keputusan UPSR pun cemerlang.
Lima orang murid telah mendapat keputusan cemerlang 5A.

Selain dari itu Persatuan Doktor Muda telah mendapat johan pertandingan peringkat kebangsaan.

Kejayaan ini adalah atas usaha guru-guru yang begitu gigih membuat kerja. Persatuan ini dibimbing oleh Cikgu Mohd Noor dan Cikgu meme.




Aku berharap SK (F) Padang Piol lebih cemerlang pada masa akan datang di bawah pentadbiran orang lain pula.





Ini lah gambar anak murid ku yang di sayangi. Pencapaian akademiknya kian meningkat dari masa kesemasa. Aku doakan mereka berjaya dan mendapat keputusan 6A dalam UPSR 2016 nanti.








Aku sangat terharu apabila menerima berpuluh pucut surat dari murid-murid ku bertanyakan khabar. Mereka tidak lupa mendoakan aku supaya sentiasa sihat.


Inilah salah satu contoh surat yang telah dikirimkan kepadaku.
Surat-surat ini akan ku simpan sebagai kenang-kenangan.




Contoh surat yang telah diposkan kepadaku.


Program linus bersama ibu bapa dan penjaga. Dr. Mohamad Khadafi sebagai penceramah.








Friday, July 24, 2015

UBAT JANTUNG

Salam, INI ADALAH SATU IKHTIAR: Anda boleh elakkan dari saluran jantung anda tersumbat dengan ramuan asli yang anda boleh buat sendiri dirumah : .........Adakah anda tersiksa dengan Sakit Jantung? Atau anda telah d nasihatkan untuk menjalani pembedahan Angiography atau Bypass?
Tunggu dulu…..Sebelum anda menjalani pembedahan Angiography atau Bypass, anda hendaklah mencuba dengan yakin ramuan ini.
In sya Allah, anda akan sembuh. In sha Allah.
Pada18 April '13, saya d kehendaki untuk pergi ke Sahiwaal(Pakistan) dari UK untuk menghadiri majlis tahunan Khatme-e-Nabuwat (jemaah tabligh). Sebelum itu, saya telah mengalami sakit yg amat sangat di dada kiri di bahagian jantung dn kesakitan ini berterusan buat beberapa waktu. Saya kemudianya bertemu di Pakistan dengan Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Sahib dan memaklumkan kpd nya bahawa doktor telah mengesan 3 saluran injap darah tersumbat semasa melakukan Angiography keatas saya, dan memaklumkan tarikh pembedahan Bypass keatas saya yg akan dijalankan dlm masa sebulan. Dalam pada itu, seorang sahabat jemaah, Encik Hakim telah menurunkan ramuan saperti dibawah yang saya amalkan selama sebulan.
Sehari sebelum pembedahan Bypass akan d jlnkan saya tiba di Cardiology Hospital, Lahore (Pakistan) dan membayar deposit Rs. 225,000.00 bagi menjalani pembedahan ini nanti. Selepas memeriksa keputusan x-ray sebelum ini dan x-ray yg baru dibuat untuk melihat keadaan semasa saluran injap jantung saya, Doktor doktor yg memeriksa saya bertanya samada saya ada mengambil apa apa perubatan selepas kali terakhir ujian saluran yg telah saya jalani.  Saya katakan kpd nya bahawa En. Hakim Sahebs telah memberi ramuan ini. Doktor doktor merasa terkejut dgn keputusan semasa saluran injap saya dan memaklumkan bahawa keputusan lapuran terkini, kesemua saluran injap telah terbuka dan berfungsi secara normal dan tiada pembedahan perlu d jalankan. Wang deposit saya di kembalikan dan saya disuruh pulang.
En Hakim Hazrat Moulana Bashir Ahmed Usmani Saheb sendiri, telah menyediakan ubatan ini untuk ku dan juga memberitahu saya ramuan ramuan nya serta cara penyediaannya sapertimana di bawah:
1 cawan jus lemon (1 Cup Fresh      Lemon Juice)
1 cawan jus halia (1 Cup Fresh Ginger Juice)
1 cawan jus bawang putih (1 Cup Fresh Garlic Juice)
1 cawan Cuka epal (1 Cup Apple Cider Vinegar)
3 cawan madu (3 Cups Honey)
Bancuh kesemua ramuan tadi -jus lemon +jus halia+jus bawang putih+cuka epal (kecuali madu) dan jerang (panaskan) perlahan lahan selama setengah jam sehingga kirakira 1cawan kandungan campuran tadi telah terwap keluar (evaporate) dan hanya tinggal 3 cawan sahaja. Selepas itu, biarkan ianya sejuk dan masukkn 3 cawan madu ke tiga tiga cawan tadi. Isikan ke dalam balang bersih dan minumlah sebanyak 3 sudu teh ketika perut kosong setiap pagi.  In sha Allah, dengan izin Allah anda akan sembuh.
(Dari Mufti Mohammed Kantharvi. London UK)
Diedarkan oleh AYP (Azaadville) untuk berkhidmat buat semua insan. Semoga khidmat kecil ini diterima Allah.
Mohon dibuat salinan dan di edarkan kpd warga tua dan kepada mereka yg tiada talian perkhidmatan email
Andai hanya seorang sahaja yang dapat manfaat nya, anda akan di anugerah Allah setinggi tingginya. Anda tidak akan tahu, berapa ramai yang akan dapat manfaat dan faedah dari ramuan perubatan ini.
Mohon dipnjangkn pesanan ini ke seramai insan yang boleh. Terima kasih.
Diterjemahkan oleh:
ismailchedin, melaka. Oktober 2014.
C&P

MOHON PANJANG KAN WAHAI SAHABAT.....

Tuesday, May 12, 2015

SAJAK GURU

SELAMAT HARI GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca 
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku 
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Monday, April 6, 2015

Sejarah Perkhidmatan

Tahun 2014 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran. Pertukaran guru-guru dari awal tahun. Pada ogos 2014 aku ditukarkan ke SK Felda Padang Piol.
      Aku melaporkan diri pada Ogos 2014 di SK Padang Piol. Dari hari ke hari aku mula belajar mengenai sekolah tersebut. Aku cuba mengenali semua guru dan kakitangan. Kini tahun 2015 aku terus bersama guru menjalankan tugas dengan penuh cabaran. Aku terasa letih untuk menghabiskan perkhidamatan ku di sini. Aku akan bersara pada Ogos 2016.
     Tanggal 4 Ogos 2016 tibalah saatnya hari perpisahan buatku dengan warga SK Padang Piol khasnya dan amnya dengan warga pendidik seluruh negara. Aku telah berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan selama 36 tahun tujuh bulan. Sedih untuk melangkah kakiku meninggalkan SK Padang Piol. Kelihatan guru-guru dan murid-murid melambaikan tangan tanda perpisahan.

Thursday, February 27, 2014

PENAWAR PENYAKIT KENCING MANIS

Tiada penyakit yang tidak dapat diubati. Memang betul, saya adalah pengidap kencing manis sejak tahun 2006. Saya telah mendapat rawatan di hospital, ubat-ubat yang disyorkan oleh kawan-kawan dan sebagainya saya telah cuba. Disamping itu juga saya mengawal cara pemakanan saya. Hasilnya seperti biasa sahaja. Jika kita tidak mengambil ubat tersebut kandungan gula dalam darah akan bertambah.
     Pada suatu hari saya telah diberi tahu oleh seseorang yang dia pernah mengidap penyakit kencing manis. Beliau memberi tahu kepada saya bahawa beliau telah sembuh dari penyakit tersebut. Saya sangat tertarik dengan ceritanya itu.
      Saya menanyakannya apakah ubat yang sangat mujarab itu. Beliau menerangkan bahawa ubi kacang botol adalah penawar untuk penyakit kencing manis. Caranya mudah sahaja. Ambil seketul ubi kacang botol dan potong halus. Rebus ubi kacang botol itu sehingga airnya hanya tinggal 1/4 sahaja. Jika direbus dengan 4 gelas air, tunggu sehingga air rebusan itu tinggal segalas sahaja. Air rebusan ubi kacang botol itulah yang menjadi penawar kepada pesakit kencing manis. Saya telah cuba selama 3 hari dan saya cuba buat ujian darah. Sebelum minum air tersebut sukatan gula dalam darah saya 17. Selepas 3 hari ia turun kepada 13 tanpa makan ubat hospital. Dikesempatan ini saya ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja bagi merawat penyakit tersebut tanpa mengeluarkan modal yang besar. Mudah-mudahan kepada sesiapa sahaja membaca berita ini mencubanya. InisyaAllah dengan izin Nya penyakit kencing manis boleh sembuh dengan beransur-ansur. Memang betul kata orang tua-tua dahulu tidak ada penyakit yang tidak dapat diubati. Tapi kita hendaklah menyerahkan urusan menyembuhkan penyakit kepada Allah, kerana Dia sahajalah yang dapat menyembuhkan penyakit. Berserah diri kepada Allah setelah kita berusaha. Tanpa usaha kita tidak dapat hasilnya.

Saturday, November 17, 2012

PENYAKIT KENCING MANIS (DIABETES)

Saya merupakan seorang pesakit kencing manis. Saya cuba mendapatkan sumber-sumber yang boleh membantu pesakit kencing manis seperti saya mengawal paras glukosa dalam darah setiap pesakit. Penyakit kencing manis ini merupakan penyakit yang paling bahaya kerana implikasinya boleh menyebabkan berbagai-bagai penyakit kronek menyerang pesakit kencing manis. Dengan adanya panduan ini saya ingin kongsikan panduan ini kepada sesiapa saja khususnya pesakit kencing manis.
     Terima Kasih

APA ITU PENYKIT KENCING MANIS

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes melitus.
Dikalangn pesakit diabetes, organ pancreas tidak apat mengeluarkan insulin secukupnya atau insulinyang dihasilkan tidak berkesan. Ini yang telah menyebabkan gula dalam salur darah meningkat

Penyakit kencing manis juga boleh dikelaskan kepada:

Diabetes Jenis 1 (Diabetes bergantung kepada insulin)

Dimana badan hanya menghasilkan insulin sedikit sahaja atau tidak ada langsung insulin terhasil. Biasa terjadi dikalangan kanak-kanak atau remaja sejak lahir.

Diabetes Jenis 2 (Diabetes yang tidak bergantung pada insulin)

Dimana badan tidak boleh menghasilkan insulin yang mengcukupi untuk memenuhi keperluan badan atau badan mereka tidak dapat bertindak balas secara normal terhadap jnsulin yang dikeluarkan. Apabila ini berlaku, gula akan berkumpul dalam badan. Lama-kelamaan komplikasi kandungan gula yang tinggi dalam salur darah akan merosakkan mata, buah pinggang, saraf, jantung dan organ tubuh yang lain.

Diabetes semasa mengandung

Keadaan ini bersifat sementara disebabkan oleh perubahan hormon semasa mengandung.

Faktor risiko kencing manis

1. Sejarah keluarga
2. Berat badan berlebihan
3. Kurang bersenam
4. Tekanan darah dan kolesterol tinggi
5. Sejarah mengalami diabetes semasa mengandung

Faktor lain - Umur dan kumpulan etnik selalunya dikaitkan dengan risiko penyakit kencing manis.

Simptom/Gejala

  • Kerap membuang air kencing.
  • Sentiasa berasa dahaga
  • Selera makan meningkat
  • Susut berat badan walaupun beselera makan
  • Letih
  • Jangkitan kulat yang kerap, misalnya jangkitan kulat pada kemaluan
  • Luka lambat sembuh
  • Kadang-kadang penglihatan menjadi kabur
Kebanyakan pesakit mempunyai satu atau lebih simpton tetapi ada orang yang tidak mempunyai sebarang simpton.

Tahap ideal glukosa dalam darah pesakit kencing manis.

Waktu puasa  -  4-6 mmol/L
2 jam selepas makan  -  4-8 mmol/L

Pemakanan

Amalam pemakanan yang baik amat perlu untuk:
  • memperolehi zat- makanan yang mencukupi.
  • mengawal paras gula dalam darah.
  • mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
  • mengelak atau melambatkan pengidapan kesan komplakasi.
Tips untuk pesakit kencing manis


  • Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan. (sarapan pagi, makan tengahari, dan makan petang)
  • Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti gagung, mi, oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus diambil.
  • Makanan yang mengandungi gula yang tinggi, misalnya gula yang telah diproses, coklat dan madu harus dielakkan.
  • Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimun kerana peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung. Elakkan daripada menggoreng makanan. Sebaiknya panggang, kukus atau masak sup.
  • Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan makanan seperti kerepek dan kacang tanah.Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan.
  • Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang normal.
Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh makan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang yang serdehana dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain.
       Selain itu terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan oleh pakar pemakanan. Walau bagaimanapun pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis.

APA ITU HIPOGLISEMIA

Hipoglisemia atau serangan akibat paras glikosa dalam darah yang rendah. (kurang daripada 4.0 mmol/L) boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana:
  • Makan terlalu sedikit
  • Masa makan yang tidak tetap
  • Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes
  • Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu berat.
  • Penyakit misalnya cirit birit. Penyesuaian pada rawatan dibuat adalam amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini Adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.
SIMPTON HIPOGLISEMIA
  • Kurang tumouan atau pemilkiran yang keliru
  • Mudah marah
  • Pening
  • Loya dan lemah
  • Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk
  • Penglihatan yang kabur
Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet, glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun sekiranya simpton itu masih ada pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat munkin

Komplakasi.
       Semua bentuk diabetes, jika tidak dikawal boleh mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ dan bahagian tubuh. Antara komplikasi yang paling teruk adalah komplikasi yang melibatkan buah pinggang, mata dan salur darah.

Komplikasi Kesan Akhir

  • Ritinopati Penglihatan yang terjejas dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta.
  • Neuropati Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan rasa sakit atau kehilangan deria pada tangan dan kaki.
  • Komplikasi mungkin memerlukan emputasi (pemotongan) kaki.
  • Pergerakan  salur pencernaan terganggu dan boleh menyebabkan cirit-birit dan atau sembelit.
  • Nefropati Penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian awal.
  • Kecederaan salur darah besar boleh mengakibatkan serangan jantung, strok atau kekurangan bekalan darah ke anggota bawah.
Adalah sangat penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Seseorang pesakit kencing manis boleh mengalami lebih daripada satu komplikasi sekiranya penyakitnya tidak dikawal untuk jangka masa lama.

Apa yang perlu dilakukan oleh pesakit kencing manis?
  • Seneman dan pengambilan ubat anti diabetis.
  • Pengawalan paras glukosa darah.
  • Pemantauan glukosa darah.
  • Penjagaan berat badan.
Penjagaan Kaki
Pesakit kencing manis harus menjaga kaki mereka dengan baik kerana mereka munkin tidak merasai sebarang luka atau ulser disebabkan oleh kekurangan deria rasa di kawasan itu.
  • Pesakit kencing manis harus membersihkan kaki mereka setiap hari dan mengeringkan kaki dengan sempurna, khususnya kawasan diantara jari kaki.
  • Bagi kekeringan kulit, pesakit kencing manis haruslah membubuhkan sedikit krim pelembap.
  • Kuku jari kaki harus dipotong lurus untuk mengelakkan kecederaan kepada kulit.
  • Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat. Pesakit kencing manis haruslah memastikan bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum memakai kasut.
  • Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser.
  • Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki seperti plester ketuat atau pembuang kalus (kulit tebal) kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh menyebabkan intasi kulit yang seterusnya boleh memyebabkan ulser.

Friday, June 15, 2012

KUALA GANDAH LANCANG














Kuala Gandah merupakan satu kawasan yang dijadikan tempat pemuliharaan gajah. Jaraknya lebih kurang 20 minit menaiki kereta dari pekan lancang. Pelawat di benarkan untuk mendekati gajah yang telah dijinakkan. Pelawat dibenarkan untuk memberi makan kepada gajah-gajah yang telah dijinakkan.
      Pelawat juga diberi kesempatan menaiki gajah dan mandi bersama gajah di kawasan yang telah di sediakan. Bagi kanak-kanak lawatan ke Kuala Gandah amat mengujakan kerana kita dapat mendekati dan bersama gajah yang amat sukar kita dekati.
       Disamping itu juga kita dapat menonton filem-filem yang berkaitan kehidupan gajah liar di hutan di Malaysia. Kita juga dipertontonkan bagaimana pegawai perhilitan menangkap gajah liar di hutan dengan menggunakan gajah denak.

       Di Kuala gandah juga terdapat satu kawasan yang dinamakan DEERLAN. Kawasan ini disediakan untuk pemuliharan haiwan seperti rusa, spesis burung,

dan sebagainya. Terdapat juga ular sawa di sini.
Pelawat di benarkan bergambar bersama ular
tersebut.
      Pengalaman di sini dapat mendekatkan kita kepada berjenis-jenis haiwan. Di sini juga juga amat sesuai untuk menenangkan fikiran kerana jauh dari kesibukan kota. Udaranya sungguh nyaman dan suhu nya sejuk

Pintu Masuk Ke Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah Lancang